Petua Merangsang Anak Agar Mendengar Cakap Ibu Bapa

September 5, 2007 at 3:04 am Leave a comment

Sumber ; Dato’ Dr Hj Mohd Fadhilah Kamsah.

1.elakkan daripada berleter. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak lebih bersedia mendengar cakap ibu bapa jika disampaikan menggunakan tiga ayat atau kurang.

2.tarik perhatian anak terlebih dahulu sbelum menyatakan sesuatu kepada anak.

3.rangsang emosi anak sebelum memberi nasihat atau arahan. Emosi yg sesuai akan dpt merangsang indakan.

4.ulang perkara atau perkataan yg penting beberapa kali agar jelas dan nampak peri mustahaknya.

5.jangan beri arahan sahaja. Terangkan juga cara dan apa yang dibuat dankenapa ia perlu dilakukan.

6.jangan menggunakan perkataan “orang pertama’- kamu, anda, awak. Ini akan merangsang bantahan atau naluri melawan. Gunakan bahasa orang kedua.

Contoh :
-“abah harap kamu mandi sebelum maghrib”.
-“abah sedih kalau kamu bergaduh dengan kawan”.

7.beri anak-anak pilihan dalam perkara-perkara yang dilakukan. Ini akan membuat mereka terasa dihormati dan berkebolehan.

8.minta cadangan dari anak untuk menyelesaikan masalah mereka.

Contoh:
a.anak minta belikan lampu picit untuk membolehkan dia tidur sendiri di bilik.
b.Anak mencadangkan ayahnya membeli bakul untuk baju bagi mengelakkan pakaian kotor berselerak.

9.beri maklumat yang lengkap sebelum sesuatu perkara berlaku.

Contoh:
Bapa: nenek tu tak suka bising-bising, jadi apa yang patut kamu buat bila nenek tidur kat rumah kita esok?
Anak: oklah saya tak buka radio kuat-kuat seperti biasa.

10.gunakan fantasi untuk memberi kesedaran kepada anak.

Contoh:
Anak: abah…naik teksi bah. Tak bestlah naik bas.
Bapa : ehh..kalau abah jutawan, jangankan teksi, abah belikan kamu helicopter untuk pergi dan balik dari sekolah1

11.Gunakan humor untuk mengelakkan pertengkaran atau kenang semula cerita lama yang lucu untuk meredakan suasana yang tegang.

Entry filed under: Uncategorized. Tags: .

Tips Ajar Anak Weaning

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Recent Posts


%d bloggers like this: