PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK IBU-IBU YANG BEKERJA

April 4, 2007 at 3:41 am 4 comments


Susui bayi anda sekurang-kurangnya 5 – 6 bulan pertama selepas kelahiran. Kebanyakan ibu perlu kembali bekerja selepas 2 bulan. Jadi, bagaimanakah anda dapat terus menyusu bayi? Majikan anda mungkin menyediakan bilik asuhan untuk bayi-bayi pekerjanya. Jika demikian,
bawalah bayi anda bersama ke tempat kerja. Andainya ini tidak mungkin,anda masih boleh memberi bayi susu ibu. Berikut adalah beberapa panduan kasar untuk membantu anda:

Bilakah masa yang sesuai untuk memerah susu:

Arrow Berlatihlah memerah susu dengan tangan atau pam satu atau dua minggu sebelum mula bekerja.Anda boleh melakukannya pada bila-bila saja.
Arrow Selepas menyusu, perah susu yang selebihnya dan simpan dalam bekas atau botol yang bersih.
Arrow Anda boleh juga memerah dan menyimpan susu setiap kali selepas menyusu jika buah dada anda terasa berat dan penuh atau jika susu meleleh keluar.
Arrow Melalui latihan, anda dapat menentukan berapa banyak susu yang perlu ditinggalkan kelak.
Arrow Adalah penting untuk anda memerah buah dada di tempat kerja setiap 3 – 4 jam. Susu yang diperah bolah disimpan dan dibawa pulang sebagai bekalan susu untuk bayi keesokan harinya.
Arrow Selepas berlatih selama dua minggu, anda mungkin dapati anda dapat memerah sebanyak empat botol susu sehari dengan 70 – 90ml sebotol.

Bagaimana menyimpan susu ibu yang telah diperah

Arrow Selepas memerah susu ibu ke dalam bekas yang bersih, segera simpan dalam peti sejuk atau bekas yang mengandungi ais. Susu ini hendaklah digunakan dalam masa 24 – 48 jam.
Arrow Jika tiada peti sejuk atau bekas yang mangandungi ais, simpan susu perahan di tempat yang sejuk sehingga lapan jam.
Arrow Jangan sekali-kali mencampurkan susu yang baru diperah dengan susu perahan yang telah disimpan.

Bagaimana menggunakan susu ibu yang telah disimpan:

Arrow Sebelum digunakan, biarkan susu tersebut kembali ke suhu bilik. Jika perlu, masukkan bekas dengan susu berkenaan dalam semangkuk air panas.
Arrow Jangan sekali-kali memasak susu ibu.
Arrow Andainya tugas anda memerlukan anda keluar rumah selama beberapa hari, anda bolehlah membekukan susu perahan anda dalam beberapa bekas dalam kuantiti yang sedikit. Untuk mencairkannya, pegang bekasnya di bawah air mengalir. Seterusnya,perlahan·lahan panaskan susu dalam mangkuk mengandungi air panas sehingga ia mencapai suhu bilik.
Arrow Jangan sekali-kali membekukan semula susu yang telah dicairkan.
Arrow Biarkan pengasuh bayi anda berlatih menyusukan bayi dengan susu ibu yang telah diperah.

INGAT! Untuk mengekalkan bekalan susu anda, anda perlu menyusu bayi atau memerah susu anda sekurang-kurangnya setiap 3 jam. Oleh itu, teruskan menyusu bayi anda selepas kerja, di waktu malam dan pada hari-hari cuti dan jangan lupa memerah susu bila berada di pejabat.

Entry filed under: mommy. Tags: .

Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu

4 Comments Add your own

  • 1. ira  |  April 4, 2007 at 1:55 pm

    hi!i believe u drop by my blog before😉
    thanks for linking me up .

    BF ur baby as long as u can.
    it’s a the ‘cheapest milk’..yet ‘richest’ in nutrient.:)

    goodluck!

    Reply
  • 2. poshberry  |  April 5, 2007 at 5:30 am

    hehe thanks ira..really hope so..

    like to browse ur blog & see mia’s pics..keep updating ya!

    Reply
  • 3. NADEN  |  November 26, 2007 at 3:27 am

    ANAK SAYA SUDAH BERUSIA 9 BULAN DAN MASIH MENYUSU IBU HINGGA KINI. SEBELUM INI SAYA DAPAT MEMERAH SUSU 4 BOTOL SEHARI UNTUK DITINGGALKAN KEESOKAN HARINYA. TAPI KINI SAYA HANYA MAMPU MEMBUAT 3 BOTOL SEHARI (5 OZ EACH). BILA BALIK DARI KERJA SAYA TERUS MENYUSUKAN BAYI SEHINGGA KEESOKAN HARINYA. SAYA MENGGUNAKAN PAM MANUAL (MEDELA). PERLUKAN SAYA BERTUKAR KEPADA PAM LAIN DAN BAGAIMANA UNTUK SAYA MENAMBAHKAN BEKALAN SUSU UNTUK SIMANJA. UNTUK MAKLUMAN SETIAP KALI HARI CUTI SAYA TIDAK PERNAH MENGGUNAKAN SUSU FORMULA. SAYA INGIN TERUS MENYUSUI BAYI SAYA SEHINGGA 2 TAHUN PENUH. TERIMA KASIH.

    Reply
  • 4. diyana  |  June 30, 2008 at 7:36 am

    NADEN – congrats naden sb dpt menyusu bdn exlusively selama 9 bulan..lama tu.. i guna electric pun jenama SPECTRA..so far okla..i ada post food to increase milk..selain tu maybe u can try cri supplement utk tambah susu. there r quite few brands i.e. Milkmaid Tea, Shatavari fr himalaya..fenugreek fr GNC..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Recent Posts


%d bloggers like this: